Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, February 08, 2010

Lucu..

Semalam di Selayang Baru - rumah mertua saya.

Adik beradik suami berkumpul untuk membincangkan hal pertunangan anaknya yang akan berlangsung di Sungai Petani kedah pada hari Jumaat 20 Februari. Terkeluarlah satu cerita yang mengelikan hati dan juga tapak kaki..he..he..

Abang ipar dan kakak ipar menceritakan yang mereka pergi satu tempat tapi tidak diberitahu secara terang tempatnya dimana. Mereka melihat gelagat sepasang warga emas. Pasangan warga emas yang mahu mengisi satu borang di dalam bahasa omputih. ceritanya begini..

isteri : Bang, name ni apa bang?

suami : oh! itu nama kita la tu..tulis lah..

isteri : address ni apa bang?

Suami : oh! letak alamat kita.

ister : sex tu apa bang?

suami : sex? takkan itu pun kita nak beritahu..tak apalah..letak je 3 kali seminggu.

kwang..kwang..kwang... satu rumah ketawa mendengarnya..anda bagaimana?

2 comments:

  1. Tergelak besar akak..tapi kesian pun adakan.Macamanalah ofiicer yang baca borang tu gelak agaknya.

    ReplyDelete
  2. tulah kak..saya pun tak boleh tahan ketawa.he..he..

    ReplyDelete