Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, June 29, 2012

al kisah hari ini..

(muka lepas kena inject) Anak dara ni, dah 2 hari tak sekolah. Sekarang ni di sekolahnya tengah meroyan berlatih sukan. Semalam tak sekolah sebab kaki terseliuh. Jadi lepas balik kerja panggil jiran datang urut dia. Ok, jadi malam tadi hantar pergi Tusyen.. Tak sampai 2 jam, guru tusyen hantar sms dan kata dia sakit perut. Terus abahnya ambik dan bawak ke klinik yang berada tidak jauh di bawah tempat tusyen. Gastric menyerang secara mendadak. Pagi tadi sebelum saya pergi kerja, dia kata sakit perut tapi kurang dari malam tadi. Jadi dia dihantar ke taska sebab doktor telah bagi dia mc. Alih-alih, tengahhari tadi telefon menangis-nangis sebab perut sakit sangat. Kelam kabut saya balik dan bawak dia pergi klinik lagi satu di tempat tinggal kami. Depan doktor dia menangis, sehingga doktor suruh saya bawak pergi Hospital Putrajaya. Masalahnya, saya tak cam jalan ke sana. Penyudahnya doktor bagi refer letter dan suruh saya bawak dia ke Klinik kesihatan Salak. Sampai sana, terus masuk bahagian emergency dan dia diberi 1 suntikan. Sakit telah berkurangan semasa berjumpa dengan doktor. Dibekalkan dengan 2 lagi ubat dan akhirnya dia sihat dan boleh menyanyi dan ketawa terkekek-kekek.. Alhamdullilah.

Saturday, June 23, 2012

Krusus.

Dari 18 - 22 June saya telah tamat menghadiri krusus DGR Goods. Atau bahasa yang senangnya adalah krusus bagaimana mahu mengendalikan barang yang mudah meletup ataupun berbahaya untuk diterbangkan (naik flight). Krusus ini diadakan di MAS Academy di Kelana Jaya. Awal pagi dah kena keluar rumah. En hub yang hantar. Saya tak berani memandu jauh, ditambah pula dengan keadaan jalan yang jem setiap hari. Ini adalah gambar kapal terbang A380 yang telah di cat baru. MAS punya warna kapal terbang ada dua jalur iaitu merah dan biru. Tetapi sekarang ini, inilah warnanya.. (apa yang saya dengarlah). Seramai 14 orang yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain di dalam kelas, sedikit menghiburkan. Ditambah pula dengan trainer yang bijak menarik minat kami. Gambar enjin kapal terbang. Nampak comel sajakan, tetapi ia mampu bergerak jauh. Sekali pandang macam lampu pun ada. hehe.. Selepas habis mendegar, membuat latihan, mempraktikkan apa yang diajar kami dikehendaki menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu semalam. Jika lulus, kamai akan diberi Certificate dan nama kami akan disubmit ke D.C.A (department civil aviation). Insya-ALLAH. Di Academy itu juga adalah tempat pramugari/pramugara menghadiri temuduga, membuat latihan di dalam flight, make up dan macam-macam lagi. Jadi setipa hari, memang kami akan bertembung dengan wanita-wanita cantik, dan lelaki yang lembut tingkah lakunya.. Sedikit ngeri juga, sebab rasanya saya 10 kali keras dari mereka...

Saturday, June 09, 2012

Alhamdullilah. Hari ni genap saya berusia 37 tahun... Harapannya, semoga saya diberi kesihatan yang baik, di beri kekuatan fizikal dan mental juga. Syukur pada MU, ya ALLAH....