Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, July 21, 2011

Kali pertama.

Hari ni dalam sejarah. Buat pertama kalinya saya
isi minyak kereta sendiri walaupun saya lesen
dan bawak kereta bertahun lamanya.

Mungkin bagi kawan-kawan, ianya perkara biasa.
Tetapi tidak saya. Saya memang mengharapkan
suami saya yang memenuhkan tangki minyak.

Sebab apa? Sebab saya rasa takut. Takut masa
isi minyak nanti, tangki tu akan meletup. Takut
masa isi minyak nanti, minyak tu tumpah. Dan macam-
macam lagi.

Semalam balik kerja, saya dah perasan minyak tu
tinggal 1 takuk. Tapi saya hanya memberitahu en SU
pada pukul 11 malam. Apa lagi, malaslah dia mahu
keluar..Dia kena keluar awal pagi hari ni.

Pagi tadi, masa nak hantar anak sekolah sudah
keluar signal lip-lap lip lap. Saya memang
kecut perut kalau signal tu keluar. Tak yakin
akan 'sampai'.

Kononnya singgahlah kat stesen minyak dekat
dengan rumah. Siap tanya kat kaunter tu lagi.

"Dik, selalu orang isi yang hijau ke kuning?"

"Hijau mahal, kuning murah." oooo, itu jawab saya.

Selalu kalau en Su isi minyak saya buat bodoh je,
hari ni jadilah orang tak berapa cerdik...

Wah! isi punya isi, tertumpahlah pulak. Saya dah
terkedu kat situ. Nak buat apa ni? Meletup tak
agaknya ni? Bila saya lambai kat kaunter tu, mereka
buat tak tahu je...Dah namanya pun 'SELF SERVICE'.

Bila dah tunggu tak ada yang datang, belasah je la..
Kalau meletup, dengan stesen minyak tu pun terbakar..
Padan muka, sebab buat tak tahu ngan saya..hahaha..
Sambung balik isi, sehingga habis.Tapi dalam hati
cuak habis.

" Adik, kat keliling penutup ni nak simbah air ke?"
Saya tanya kat seorang perempuan muda yang tengah
isi minyak.

" Tak payah kak,simbah kat luar je."

Dia pun gelak bila dengar saya pertama kali
isi minyak dan saya rasa ia pengalaman yang
menggerikan..

Akan ada kali kedua? Tak kut.

No comments:

Post a Comment