Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, March 17, 2010

Lesen L & P

Lagi dua bulan , genap lah 4 tahun saya memiliki lesen memandu. Masa terasa begitu cepat
berjalan..rasanya macam baru semalam saja saya belajar memandu…

Semasa saya baru berkahwin dulu, pernah juga belajar memandu dengan suami. Tetapi akibat
kena marah, langsung tak mahu.. Mana taknya kena marah, apabila saya hampir melanggar
pokok kelapa. Memang silap sendiri, tetapi airmata tetap juga keluar…Pada masa tu, saya
bertekad tidak mahu belajar dengan suami lagi…he..he..

Ada juga dia memujuk untuk mengajar, tetapi saya tidak mahu. Kecil hati sebab kena marah
tak hilang lagi…he..he.. "kalau saya nak belajar, biar saya masuk kelas memandu." Itu
jawapan saya kepadanya.

Sejak suami bekerja sendiri, saya tekad memasuki kelas memandu. Selalu kena tegur
dengan cikgu-cikgu yang mengajar.. Tidak pulak menangis…Mungkin sebabnya yang mengajar
itu adalah orang luar, tiada kena mengena dengan kita…

Masa saya banyak dihabiskan hanya di dalam akedemi… Mana taknya, bukit susah nak lepas..
enjin kereta matinya tak dapat dikira berapa kali….kalau diingat memang kelakar.. On the road
hanya 2 kali sahaja sebelum test JPJ. Cikgu saya mengajar naik bukit, di kawasan lori..sebabnya
tidak ramai menggunakannya..saya pulak tak pandai-pandai..Sabar sajalah..
Tak tahu, sudah tentu kena belajar….Akhirnya baru ok

Saya masih ingat, pada hari test JPJ…Naik bukit, parking sisi dan parking tiga penjuru lepas.
Tunggu pula giliran 'on the road'..Masa tu hampir pukul 4 petang…calon-calon masih ramai lagi.
JPJ yang duduk di sebelah tanpa bersuara, lagi membuatkan perut kecut…ada satu insiden
yang membuatkan saya ingat sampai sekarang..

Ada dua lorong semasa menuju ke akedemi..saya pulak dari kiri masuk ke lorong kanan..Kiranya
nak memotong lah..Padahal di depan lorong kanan tu ada lampu isyarat untuk masuk satu
simpang kanan..JPJ itu pun bersuara;
"Awak nak kemana nie? Main potong-potong..Saya potong markah awak kang.."

Saya pula dengan selamba menjawab, tanpa rasa takut..

"Ya ampun encik.." he..he..

Alhamdulliah..Nasib baik lulus…

Masa mula-mula dapat lesen, saya tidak bawak kereta bila hujan. Takut. Jalan licin..
Suami selalu perli, siap tadah tangan kat langit..nak tengok hujan turun ke tak…

Sekarang ni, saya memandu pergi kerja setiap hari… Saya tidak boleh memandu pada jangka
masa yang lama sebab betis akan kejang. Dan juga memandu malam, tidak tahan dengan
panahan lampu dari arah depan.

Alhamdullilah, dapat menyenangkan suami..Tapi sekarang ni, selalu juga dia tegur " bawak
kereta perlahan sikit.."

" Ala.. 100km je..tak laju sangat pun" he..he tapi saya pernah memandu lebih sikit, apabila
mendapat tahu yang anak saya dibuli di sekolah, sehingga mulutnya pecah..

Macam-macam…

No comments:

Post a Comment