Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Sunday, July 15, 2012
Benda yang sama..
Hari ini beli alat tulis yang entah ke
berapa kali agaknya..Mana-mana pergi,
kesukaannya beli pensil box, alat tulis,
buku dan seangkatan dengannya.
Pelik.
Monday, July 09, 2012
dah dekat..
Masa kecik-kecik dulu, saya tak reti
atau tak ingat pasal bulan-bulan islam..
Bulan omputih juga tak reti, tapi
ada 1 penanda yang bulan puasa dah
dekat.
Apa tandanya? Ada pertandingan orang
mengaji dalam tv...Sungguh indah
rasanya..
Friday, July 06, 2012
Tuesday, July 03, 2012
pertama kali masak
Nasi ayam hainan.
Tengok resepi 2 minit kat office. Masa memasak
lebih kurang 35 minit. Sedap. Alhamdullilah.
Monday, July 02, 2012
malam minggu yang lalu...
Hari sabtu, semasa pulang ke KL dari ipoh,
kami singgah makan di Tanjung malim.
Keluar dari toll Tanjung Malim, ada satu kedai
makan yang dinamakan 'love u corner'.
Semasa kami singgah tu ramai orang. Dalam hati
berkata mungkin makanannya sedap dan
mungkin malam minggu juga.
Rupa-rupanya di situ disediakan 'karaoke' untuk
menyanyi. Dan yang menariknya di situ ada joget
lambak.
Tapi bukan sebarang lambak. Ini joget ada stepnya
juga. Nampak tak penari berbaju merah tu?
Sambil ada yang berkaraoke, mereka menari beramai-
ramai. Kiranya stepnya lebih kurang macam poco-poco
jugak tapi beraneka rentak.
Terhibur jugalah. Cuma makanannya tak kena dengan
lidah saya. Orang lain, tak tahu pula.. cubalah singgah.
Subscribe to:
Posts (Atom)