Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, May 31, 2011

Musim.

Ahad lepas kami pergi rumah orang kahwin
dekat Bidor, Perak. Bukanlah kaum keluarga
yang kahwin, cuma anak buah kepada kawan
suami.

- Baca doa (doa keberkatan) kepada tetamu
yang dibaca oleh orang masjid. Lepas tu baru
tetamu semua pergi ke khemah dan makan.
Tak pasti pulak samaada memang itu cara
orang perak, tetapi pada saya memang bagus.

- Dah makan kena angkat pinggan sendiri. Selalunya
kalau saya pergi kenduri kahwin, ada penanggah yang
angkat. Jadi bila tengok orang angkat, kami pun
angkatlah.

- Khemah kaum bapa dan ibu diasingkan.

Ini adalah 3 perkara yang saya 'baru' rasai.


Gambar pengantinnya. Tak tengok pun, cuma ambik
gambar kat banner je..


Anak dara dengan aiskrim yang ke 2. Sekarang ni
dah mula batuk.

*saya tak boleh nak komen.. entah kenapalah
dengan acc blogger saya agaknya.

Friday, May 27, 2011

share email..POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea
what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her
mistakes of
the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

Thursday, May 26, 2011

Dah turun, naik balik...

Bulan ini saya memang terlalu banyak kerja. Badan saya
kurang penat, tetapi otak saya penat. Kiranya dalam
bulan ini, saya banyak sakit.

Ditambah dengan rasa marah, rasa sebal dan macam-macam
rasa lagi. Kalau kat kedai makan, bolehlah dikira macam ikan
3 rasa tu..(mengarutlah tu)

Kerja banyak, masalah pun banyak. Kerja sikit, masalah tetap
banyak. Buat benda yang sama pun tetap salah.

Kadang-kadang saya rasa diri saya ni macam penyapu. Tukang
sapu semua sampah (masalah) yang di buat oleh team saya.

Nak jugak buat 'bodoh' tetapi bila dah kerja dalam bidang
ini, semua perlu cepat. Jadi mahu tak mahu kena 'cover'
untuk team saya…

Tenaga : 20 %
Semangat : 0 %

Ini skala yang saya rasa semalam.. Memang 'down' habis.
Jatuh merundum. Menjunam terus dalam gaung. Nak panjat
balik kena naik perlahan-lahan. Lelah. Sakit hati…

Dan semalam seperti biasa saya membeli majalah MW.
Selepas habis kerja rumah, duduk mengadap majalah ni.


" dan jika anda tiba-tiba rasa sebal terhadap sesuatu perkara dan menyalahkan
orang lain kerana berlakunya perkara itu, cuba bersendirian di dalam bilik
sambil mendengar lagu-lagu beralunan lembut, sebaiknya lagu-lagu
kerohanian. Jangan tidur sebaliknya bertafakur dan selidiki semula apa
punca sebenar berlakunya perkara itu.

Benarkah langsung tidak ada kesalahan kita di sana? Apabila kita berfikir dengan tenang
tanpa emosi, pasti kita dapat jawapan bahawa kita pun tidak sesempurna
mana untuk menyalahkan orang lain. Ego sebenarnya yang membesarkan
amarah itu."

Petikan dari Tinta editor MW minggu ini.

Wah! Hati saya yang sebal terasa seperti disiram air sejuk.
Sungguh, saya seperti baru tersedar yang KITA hanya
manusia biasa dan tidak sesempurna mana.

Ajaibnya, semangat saya naik menggunung..

Tuesday, May 24, 2011

Silap sendiri.

Rasanya semua orang tahu sejak dua menjak ini
cuaca memang panas. Terlampau panas bagi saya.

Bila dah panas, air batu menjadi pilihan. Saya
dengan sedapnya membuatkan ianya menjadi pilihan
utama. Saya memang jarang minum air batu.

Memang jarang sangat. Dan akibatnya saya telah
mendapat kembali penyakit lama saya iaitu asthma.

Minum air batu, berenang lagi. Jadi dada saya
mejadi sejuk. Tetapi saya tidak batuk. Cuma mencungap
macam ikan naik ke darat. Dada terasa sempit.

Dua hari pergi klinik mintak oksigen. Baru lega
tetapi kena sambung dengan makan ubat juga.

Masa saya kecik dulu memang saya ada asthma atau
pun semput. Tetapi ianya telah hilang selepas
saya makan ikan belacak.

Belacak itu besar. Emak saya goreng dan saya makan
dengan nasi. Sedap kut. Dah tak ingat macam mana
rasanya. Tapi arwah bapak saya memang ada penyakit
ini. keturunan...

Setelah 30 tahun, penyakit itu datang lagi. Hanya
kerana kesilapan sendiri..

Kiranya sendiri mau ingat.. Dah tua-tua macam ni
banyak pulak penyakit yang datang.

Monday, May 16, 2011

Cerita ceriti.



" Emak nak?" Tanya si anak.

" Makanlah engkau…" Jawap si emak. Emak mencubit
sedikit makanan si anak atau hanya memandang sambil meneguk
air liur.

Pernah tak anda mengalami situasi sebegini? Saya pernah dan
kadang-kala hanya meneguk liur apabila melihat anak makan.
Seorang emak akan mendahulukan anak dalam bab-bab makanan
ini. Yang saya tahu, dengar, lihat dan alami sekarang ini.

Teringat satu kisah. Bukan dongeng tapi sememangnya berlaku.
Di kampung saya dulu, ada seorang emak ni. Anaknya ramai juga.

Rajin ke kedai, dan setiap kali dia ke kedai akan melalui rumah
saya. Setiap kali dia balik dari kedai, anak-anak termasuk dia
sekali akan makan jajan. Tak adalah yang pelik. Baguslah tu
makan beramai-ramai.

Tetapi yang pelik dan selalu membuatkan emak saya ketawa
adalah nilai/harga makanan si emak akan lebih mahal dari si
anak.

Contohnya kalau anaknya makan aiskrim batang yang murah,
si emak akan makan aiskrim connecto (betul ke ejaan ni?).
Kalau anak makan cekedis bungkusan kecik, si emak pula
sebaliknya..

Bukan sekali dua tau. Setiap kali pun macam tu.
Kenapa agaknya? Tidak pulak saya tahu. Tetapi memang
lucu bagi saya dan emak. Kata emak 'lebih dari budak kecik'.

Wednesday, May 11, 2011

Puteri Karla

(Gambar dari FB penulisnya)


Baru selesai baca buku ini.

"Hamba tidak peduli! Setahun jagung atau setahun ubi
sekalipun!" Jerit Puteri Karla.

Saya rasa kelakar ayat tu.. Tapi saya sukakan buku
ini.

Tahniah kepada Jue.

Monday, May 09, 2011

Kapal fun fair.

(gambar google)


Pergi 'fun fair' malam minggu semalam. Sebab anak dara
saya sudah nampak dan merengek nak pergi.

Kapal ini adalah yang permainan yang pertama
anak dara saya naik. Nak tak nak saya kena ikut,
tak berani nak bagi dia naik sorang.

Mula-mula perlahan...Lepas tu dah mula dia berayun tinggi..
Rasa nak tercabut jantung saya ni.. Mengucap, ayat kursi
dan macam-macam yang saya baca lagi..Rasa macam nak turun
la tu jugak...

3 tahun sudah, bila kami naik kapal nie kat Genting
tak ada pulak saya rasa macam ni.. Rasa macam jantung
saya jadi lemah...Redalah kalau dah umur setakat ini,
tetapi tak nak lah meninggal di tempat 'fun fair'.

Bila turun, ok lagi..... anak dara saya boleh
senyum lebar, sedangkan perut saya sudah mula
bergelodak.

Beza orang tua dan budak.

Saturday, May 07, 2011

Nasi lemak & teh tarik.

Hari yang ditunggu oleh saya dan anak sekarang ini
adalah hari sabtu. Sebabnya boleh pergi berenang.
Saya pandu sendiri.

Wah! Dengan penuh semangatnya hari ni pergi Putrajaya.
Pukul 8 dah sampai sedangkan kolam pukul 9 baru beroperasi.

Sarapan dulu, nasi lemak bungkus daun pisang dengan
teh tarik. Tambah sotong kembang 2 ekor. Kalorinya
tak tahulah pulak berapa..tapi banyak tu.

Tak pe, dalam hati berkata. Lepas ni boleh bakar
kalori tu dengan breaststroke dan freestyle. Kalau
dah 3 jam dalam kolam, takkan tak cair kut...hehehe.

Habis makan, dekat nak pukul 9. Anak dara saya ajak
pergi tukar baju dulu , baru beli tiket...Dengan penuh
semangatnya gi tukar baju..Sapu pulak sunblock siap-siap.

Bila keluar pintu bilik persalinan, terus menuju ke pintu
kolam. Kiranya nak suruh anak dara saya tunggu kat situ
sementara saya beli tiket (harganya 2.00).

"Harap maaf. Kolam ditutup kerana sedang diselengarakan."

Dah pakai baju, dah pakai sunblock baru nampak notice
tu... nasib baik belum pakai google lagi...

Rela dalam paksa patah balik bilik persalinan dan
tukar baju. Tanya adik kat kaunter tu, rupanya kolam
dah ditutup selama 3 hari. Entah bila bukaknya dia
pun tak pasti.

Aduhai.. teringat nasi lemak ngan teh tarik
yang ada dalam perut nie...

ermmm.

Friday, May 06, 2011

semalam : 05/05/2011

Tarikh semalam? Betullah tu.. Tak percaya cuba
jeling kat kalender... Apa yang ada semalam?

Adalah yang ' istimewa' sikit untuk keluarga
kecil saya ni... Cuma biarlah rahsia..hehe.

Pagi, kena migrain. Telah ubat pun tak mahu jalan. Tahan
je la. Tengahari pun sama.. Telan lagi ubat, macam tu
jugak. Penyudahnya lantak lah.. tahan saje.

Keluar rumah lepas maghrib, kononnya nak pergi
makan malam kat luar. Makan-makan..

Tapi hendak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu
bulan tak timbul-timbul.... Penyudahnya patah balik
dan makan kat area rumah.

nasi goreng kampung & air kopi o
burger daging special + cheese & teh ais
nasi putih + telur mata + sup kosong & jus tembikai

Ini menu yang kami makan malam tadi. Syukur Alhamdullilah.
Walaupun apa yang diharapkan tidak menjadi, tetapi
ada juga rezeki buat kami.

Perasaan saya, biasa saja. Anak saya mungkin kecewa sebab
dah pakai cantik-cantik siap pakai kasut hitam berkilat
lagi.. Dah tu makan lambat pulak.. hahaha..

Kenangan yang agak pahit, tetapi itu adalah realiti
kehidupan.

Kesimpulannya : Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Thursday, May 05, 2011

Cerita Handphone.

Hari ini dah masuk 6 hari handphone saya 'mati'. Pagi
ini anak dara saya tanya ' macam mana rasa tanpa
handphone'…

Aman damai. Itu jawapan saya. Tapi tak ada handphone pun
susah juga. Kalau tak ada kecemasan ok je. Selagi saya ingat
no telephone suami dan adik di kampung, kira ok la tu
kalau tak ada handphone pun…

Kesenangan handphone pada saya, senang suami nak cari. Senang
kalau adik saya nak call. Selain tu, alarm waktu pagi. Sesekali main
game ataupun masuk internet…

Zaman sekarang anak-anak rasanya semua ada handphone.
Sudah murah, sebab itu ianya semacam menjadi satu trend
sehinggakan budak sekolah rendah pun ada handphone
sendiri, contohnya anak saya.

Saya hanya menggunakan handphone apabila saya berumur
30 tahun. Setelah 9 tahun bekerja. Berlainan dengan sekarang
ni, tak kerja pun ada handphone.

Saya menggunakan handphone jenis Alcatel. Tengok kat
surat khabar, nampak comel. Harganya RM 199.00, kalau
tak silap. Camera pun tak ada.

Bila kawan lama suruh forwardkan gambar saya
dan keluarga melalui handphone, saya cakap 'telephone
aku tak canggih. Tak boleh ambik gambar..'

Dia tak percaya. Dia kata mana orang zaman sekarang pakai
handphone yang tak ada camera…

"Yang pentingnya boleh buat panggilan. Kalau tak boleh call
sebab credit tak ada, guna handphone yang canggih pun tak guna jugak…"
Betul tak?

Betul. Sebab saya selalu dengar dan tengok. Handphone gila-gila
punya cantik. Gila punya canggih. Tapi credit tak ada.. Buang longkang
lah yea…

Walaupun handphone yang saya guna itu murah harganya, tetapi
tahan 4 tahun tau.. Saya tukar kepada Sony Ericson bila handphone
tu buat perangai.. Baru charge bateri, dah habis..

Walaupun baru 1 tahun saya pakai Sony Ericson nie, dah tak
boleh nak charge bateri… grrrrr..Nak kena hantarlah
repair pulak….Macam-macam.

Saya teringat 1 kisah. Masa tu saya sudah berkerja di Forwarding
agent. Baru pindah dari Subang airport ke KLIA airport. Ada 1
orang 'remaja' perempuan ni. Comel orangnya tetapi sedikit
gedik dan keanak-anakan.

Dia ada handphone. Masa tu kiranya kat office saya hanya ada
beberapa orang ada handphone tetapi lebih ramai yang tak ada.

Masa tu jenis handphone yang macam 'walkie talkie' tu..(puas saya
google, tapi tak dapat cari gambarnya). Handphone tu siap ada
antena kecik lagi…Berat pulak tu..

"Biarlah handphone besar, nanti orang tak tahu kita pakai/ ada
handphone." Suara si remaja ini kedengaran apabila dia
bercerita dengan teman yang duduk di sebelah.

Saya yang mendengar rasa nak gelak, tetapi tak boleh. Cuma
senyum je… Rupanya jenis nak tunjuk kat orang yang dia ada
hanpdhone.. Besar lagi…

'Kenapa tak sandang je public phone kat tengah belakang..' Tapi
kata-kata tu mati kat dalam hati… Kalau terluah dari mulut
masa tu tak tahulah macam mana…hahaha…
Dah tentu semua orang nampak, lagi besar punya….

Gambar dari mr G yang tak ada kena mengena dalam
ini cerita..

Sunday, May 01, 2011

Dan cinta pun tersenyum.


pic dari NB kara blogsport.. Handphone saya dah
buang tebiat. Nak charge baterie tak boleh. Nak
transfer gambar tak boleh.. Nak kena buang
ke laut agaknya.

Saya baru habis baca buku nie. Best!

"What?" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?".
Ervan merengus dengan mata terpelotor ke arah Surihani.

"Iya... cicak... ck...ck...ck" balas Surihani sambil
mengayakan bunyi cicak.

Antara ayat yang tertulis di belakang buku ini.
Buku yang kelakar dan menggamit perasaan.